___________________

Makluman Terkini

  • Permohonan BKM 2022

    • Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 bermula 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.

    • Perkhidmatan kaunter BKM LHDNM dibuka untuk permohonan dan kemaskini BKM 2022. Sila Klik untuk Jadual Kaunter Perkhidmatan BKM LHDNM.

    • Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah:

    • Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.

    • Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah:

    • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP; serta
    • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
    • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat

    • Pemohon disarankan untuk membuat semakan BKM 2022 secara dalam talian. Sekiranya tiada rekod BKM 2022 dan menepati syarat kelayakan, permohonan baharu BKM 2022 boleh dibuat.

  • Log Masuk MyBKM

    • Menu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemaskini permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan BKM 2022.

    • Log Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.

    • Bagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.

  • Rujukan Umum Mengenai
    BANTUAN BANJIR

  • Berhati-hati dengan Penyamaran

    • LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 secara bergerak melalui Pegawai BKK, LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.
    • LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.

  • Tiada Caj

    TIADA CAJ yang dikenakan bagi permohonan BKM 2022. Pemohon dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan skim penipuan atau ‘scam’ yang aktif di media sosial. Pemohon dinasihatkan untuk merujuk Portal Rasmi BKM bagi sebarang semakan dan makluman terkini.

  • Syarat Kelayakan Permohonan BKM 2022
  • Alamat

    Sekretariat BKM,
    Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia
    (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

  • Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022

    • Jumlah Tuntutan – RM1,000 (bagi setiap individu yang layak)
    • Tempoh meninggal dunia - 01 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022
    • Tempat Tuntutan – Bank Simpanan Nasional (BSN)

  • Skim Khairat Kematian (SKK) layak bagi Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan sahaja

    • Kahwin
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda mempunyai anak
    • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

  • Hubungan waris yang layak

    • Pasangan
    • Ibu
    • Bapa
    • Anak
    • Adik-Beradik
    • Cucu

  • Dokumen yang perlu dibawa semasa tuntutan SKK

    • Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
    • Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
    • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan wakil